Saturday, September 30, 2017

Bergerak Selesa dengan NIVEA Protect & Care Deodorant!

Assalamualaikum semua!



Kali ni, aku nak cerita pasal penjagaan armpit atau bahasa Melayunya ketiaq. Hahaha! Alaaa. Ini untuk kebersihan bersama juga, so share share lah kannn. Lagi2 bab bau-bauan ni. Haih. Sensitip tau. 😭

Jadi, apa specialnya NIVEA Protect & Care Deodorant ni? Jom tambah sikit ilmu di dada tu!

Kesan Mencabut & Mencukur Bulu Ketiak!

Aku baru tahu kalau cabut bulu pada bahagian tersebut akan menyebabkan bulu tumbuh ke dalam kulit dan pembesaran pori-pori pada kulit bawah lengan yang sensitip tu! Kalau cukur plak, tekanan bilah pada kulit yang tidak rata akan mengakibatkan luka-luka kecil. Mana taknya, kulit ketiak kan nipis. Silap cukur, mahu berdarah dibuat. Wuuuuu! Hahhh! Jangan tak tahu, serpihan yang disingkirkan semasa mencukur juga mengandungi sebanyak 36% kulit! OMG! Banyak juga tu. πŸ˜“


  -----------------------------------------------------------------

“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,” kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.
 -----------------------------------------------------------------



Tapi dengan adanya deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut boleh mengatasai kerengsaan kulit bawah lengan kita tau. Deodoran Protect & Care NIVEA memberikan perlindungan pada kulit ketiak yang berpanjangan sehingga 48 jam lamanya! Selain itu, formula yang ada dalam produk ni lembut juga menyuburkan dan secara tak langsung buat ketiak jadi lembut dan licin.


Best ke Pakai Protect & Care NIVEA Ni?

Okay! Jujur dari hati, memang tak menyesal guna. Walaupun kerja dalam aircond, peluh kat ketiaq tu still ada hokeyhhh lagi2 kalau nervous kena soal dengan bos. Hahahah!

Bila berpeluh tu, tak rasa melekit ke apa tau. Yang bestnya, balik kerja pun bau dia still ada lagi. Jangan bayangkan aku cium ketiak sendiri. Adessss. Walau pun pakai seharian suntuk, bau mashemmm ketiak tak mengatasi bau produk ni! Betul. Sebab baru-baru ni aku pi bersukan. Peluh jangan cakap lah kan. Tapi bau ketiak tak ada! Kiranya, ketiak masih lagi segar seperti di pagi hari. Gituuuu! 😝

Meh belanja sikit macam mana rupa sebenar produk ni. Kang kata aku menipu plak. Kah!



So gais, please ek! Take care of your own body and smell. Jangan sampai orang teguq bau badan korang sebenarnya mengganggu ketentaraman sejagat. Aku tak tanggung dah part tu. 😭

And yeah, jumpa lagi next post! πŸ’˜

Saturday, August 5, 2017

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Assalamualaikum!

YF kembali lagi youalllls! Hahahahah! Kemain liat update blog. Maaplah. XD

First time buat review pasai cosmetic bagai ni. Sejak bila tah jadi hantu make up. T.T

Okay! Nak jadikan cerita, aku baru je beli liquid lipstick brand SoBella ni. Siap beli 3 kau! Adeh!


Dari atas, Cornflakes Madu, Strawberry Semprit & Rose Makmur

Setelah dicuba dengan pelbagai cara, aku jumpa beberapa sebab kenapa aku suka liquid lipstick ni dan kenapa aku tak berapa suka juga. Tapi mostly suka gila! Yang part tak suka tu boleh adjust. Don't worry!

Aku start dengan yang elok dulu lah ek!

Pros

1) OMG! Ringan gila tekstur dia bila dah kering. Serious!

2) Bila dah kering, sentuh plak bibirkan. Alahai! Lembut plak jadinya bibir ni and smooth gitu.

3) Bila minum air, still nampak bekas lipstick kat gelas tapi tak obvious pun. Sikit sangat. Tapi tak tahu lah kalau dah minum bergelas-gelas dan makan berpinggan-pinggan. 

4) Senang nak cuci. Tak perlu make up remover. Cuma guna wet tissue sahaja.

5) Kata seller, liquid lipstick SoBella ada bahan-bahan natural macam bawah ni :


5) Nama liquid lipstick dia bukan main comel lagi!

Cons

1) Untuk dapatkan kemasan yang cantik, kena pakai "base". Leceh jugalah untuk orang malas macam aku even tak lah susah mana pun.

2) Mungkin lipstick ni tak lah boleh tahan sampai berejam kan kalau aktiviti kau asyik makan je seharian. Memang hilanglah warna dia ceritanya. hahahaa!

Cara nak dapatkan kemasan yang lagi cantik dan ohsem dengan liquid lipstick SoBella ni, boleh refer bawah :

1) Guna vaseline dulu sebagai base then baru calit liquid lipstick SoBella


2) Guna lipstick biasa. Contoh macam jenis kat bawah ni sebagai base lepas tu baru calit liquid lipstick untuk lapisan kedua. Sama juga cara dia macam nombor 1.




Ma favourite colour!

Hasil dia, sangat puas hati! Memang cantik dan terasa kemas sesangat. Nak up gambo selpi, tapi ai tak confident. Takpelah. Ai upload jugalah satu. Abaikan flaws dimuka ai dan juga make up hantu ai tu. 


Yup! Itulah hasilnya kalau pakai base dari lipstick biasa. Cantik tak?? Pleaselah kata cantik. Hahhahaha!

Oh! Aku pakai warna Cornflakes Madu. Nude gitu. Tapi bila dah guna base Maybelline Mat6 tu, terus rasa macam Kylie Jenner. Lol. 

Itu jelah review aku untuk kali ni. Jujur punya review ya. Kah!

Siapa nak beli, boleh singgah instagram @skyemy.sobella atau mana-mana seller yang jual liquid lipstick SoBella ni lah. Harga dia untuk satu RM38 tak termasuk postage. 

Lepas ni nak try matte lisptick Orysense dengan GetShera plak. Weeeee.

Babai!


Monday, May 1, 2017

PHOTOSHOOT RAYA KBBA9 SEGAK DENGAN SENTUHAN WAN IZHAR

Alhamdulillah. Tahun ni dapat juga berphototshoot raya dengan Kelab Blogger Ben Ashaari! Yeyy! Rasa macam tak percaya je sebenarnya tapi bila dah lepas tu, kena percaya juga hokeyh. Kikiki.

Bersama pengasas KBBA9, Ben Ashaari

Paling best sebab dapat sentuhan photographer terkenal, Wan Izhar! Bukan senang nak dapat photographer professional macam Wan Izhar ni. Lagi2 dengan kerenah bloggers seramai lebih kurang 40 orang yang semuanya gila2.

Belah lelaki (Kredit foto oleh blogger Aznan)

Belah perempuan

Tapi Wan Izhar masih mampu tersenyum dari awal hingga ke penghujung melayan poses bloggers yang tak berapa nak model sangat kan. Tapi dengan bantuan Wan Izhar, para bloggers berjaya pose ala2 dalam magazine tu. See? Professional kan beliau? Terima kasih banyak2 Wan Izhar.

Kredit foto dari Facebook Wan Izhar

Disebalik tabir menangkap gambar seorang Yulia Fajrin  

Sesiapa yang ingin menggunakan khidmat profesional beliau, silalah hubungi beliau seperti berikut:

Instagram : @wanizhar
Emel : the.oneizhar@gmail.com
Alamat : E-2-2A, Blok E, Jalan PJU 1A/20G,
Dataran Ara Damansara, Ara Damansara,
47301, Petaling Jaya, Selangor.

Untuk makeup, aku menggunakan khidmat adik aku je iaitu Nurfa Hazliani. Senang sikit nak complain itu ini kan. Hahahah. Walaupun adik aku belum tahap makeup artist aka MUA, tapi untuk muka aku yang tak berapa nak ploles ni, okaylah kan. Harap2 dalam gambar Wan Izhar jadi macam Erra Fazira ke. Kan. Eh. XD


Untuk busana, aku guna baju dalam almari aku je. Tema agak keunguan dan kemerahan. Heeee. ><



Untuk penaja lokasi, sekalung terima kasih untuk Muzium Warisan Melayu, UPM Serdang. Cantik sangat weih tempat dia. Sesuai sangat untuk photoshoot raya atau kahwin. Selama aku hidup ni, aku baru tahu kewujudan tempat klasik macam ni. Ni baru betul2 rumah kampung. Siap ada perahu kat bawah rumah kampung tu. Cuma tak ada tasik je. Hahahhaah!

Kredit foto dari blogger Nur Athirah Hassin


Diakhir program, ada sedikit pemanis mulut untuk semua. Ya Allah. Sedap sangat. Rasa nak angkut balik rumah. Hahahaha. 



Pada yang nak tempah brownies ni, boleh hubung Abam Korie kita ek:

Instagram (personal account) : Abam Korie
Instagram (business account) : khaisyadelite
Tel. : 0173495797

Okaylah! Kalau hasil sentuhan Wan Izhar dah siap, aku up entri lain plak ek. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semua sempoi habis! Moga bertemu lagi di lain waktu dan di lain tempat. Cewah!

Kredit foto oleh Ben Ashaari


----------------------------------
YF : Fefeeling model






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...